
Selepas itu kami pergi ke Kota Belanda. Ha.. nak tau tak apa yang ada di sana? Kenapa nama tempat ini Kota Belanda eh….?? Tentu semua nak tahu tentang sejarah
Kota Belandakan? Kota Belanda telah di bina oleh Belanda pada tahun 1670 untuk menyimpan bijih timah yang diperolehi oleh orang Perak. Oleh kerana rakyat tidak suka cara Belanda memperolehi bijih timah jadi mereka telah membinasakan kota ini pada tahun 1690.Pada tahun 1743, Belanda membinanya semula dan menempatkan seramai 60 orang pengawal untuk menjaga kota tersebut sehingga 1748. Selepas itu kota tersebut tidak di gunakan lagi. Kota ini telah di bina semula oleh Jabatan Muzium pada tahun 1973 dan telah diwartakan sebagai monument lama. Sekarang ni aku nak cerita pula penentangan Kota Belanda.
Pada tahun1651,penentangan telah timbul apabila Temenggong dan orang Perak menyerang dan musnahkan loji belanda dan ini Belanda terpaksa meninggalkan Perak. Baru Belanda tahu orang Perak ni kuat ke tak. Akhirnya Belanda meninggalkan Perak juga. Orang Perak tidak berdiam diri begitu sahaja, akhirnya Orang Perak bersama Acheh,Ujung Salang melancarkan serangan mengejut ke atas Belanda. Hebat Datuk Moyang kita, kita sebagai anak Malaysia patut berbangga dengan perjuangan mereka. Kalau tak ada mereka tak tahulah apa akan jadi pada negeri Perak.Kesan penentanganan tersebut, pada tahun 1670 Belanda telah datang ke Perak semula dan membina Kota Kayu yang kini di kenali sebagai Kota Belanda. Inilah Kota Belanda yang dapat kita lihat sekarang. Pembinaan Kota Kayu telah dipersetujui oleh Perak kerana pada masa yang sama terdapat khabar angin yang menyatakan kerajaan Siam akan melancarkan serangan ke atas Perak. Terbinanya kubu ini, maka menjadi satu kelebihan Perak bagi menghadapi serangan Siam. Sampai di situ sahaja sejarah Kota Belanda yang aku ingat. Aku rasa dah cukup untuk kita tahu cerita Kota Belanda ni.

Kami pergi ketempat tersebut menaiki teksi yang boleh memuatkan penumpang seramai 10 orang. Kami berkumpul di dewan makan Mizam resort pada pukul 3.15p.m. Destinasi pertama kami ialah pergi ke Kilang Ikan Satay Hai Seng Hin. Di kilang itu kami dapat melihat bagaimana pemprosesan satay.
Aktiviti pertama kelab penerbitan di pangkor ialah Snorkeling. Kami di minta bergilir – gilir untuk menjalani aktiviti tersebut ini adalah kerana life jacket tidak mencukupi untuk semua palajar. Pada mulanya aku setia menanti life jacket dan goggles tetapi selepas beberapa minit kemudian aku terus masuk ke dalam air.
Aku dah nampak ikan berenang di dasar laut. Wah cantiknya
rakan – rakan yang lain di minta berkumpul di pantai untuk menjalani aktiviti
Aku rasa tenang tetapi bercampur takut ketika berada di tengah – tengah laut. Aku pun mula teringat bagaimanakah Datuk Azhar Mansor mengelilingi dunia seorang diri di laut yang luas ini. Aku tidak dapat bayangkan jika aku berada di tempat beliau. Pemandu bot tersebut dapat rasakan kami ketakutan jadi beliau memandu bot dengan laju. Kami menjerit ketakutan.
Trip ke Pulau Pangkor ini di adakan untuk meraikan malam pra graduan pelajar Penerbitan Fakulti Komunikasi dan Pengajian Media. Trip ini di adakan khas untuk pelajar semester akhir iaitu pelajar semester lima dan enam pada tahun ini. Malam pra graduan ini di sambut oleh semua pelajar penerbitan dan pensyarah penerbitan juga. Kami di raikan oleh semua pelajar penerbitan dari semester pertama sehingga semester enam. Pada malam itu kami rasa sungguh bertuah dan merasakan diri dihargai oleh semua. Para junior memberikan cenderahati
sebagai tanda kenangan kepada kami. Terima kasih kepada semua kerana mengadakan majlis pra graduan untuk kami pelajar semester akhir. Aku tidak akan melupakan malam manis bersama ahli kelab penerbitan pada malam itu. Terima kasih kepada yang menjayakan program seperti ini untuk kami. Memori yang indah ini akan kusimpan sampai bila – bila. 